ONELIFE, The GrEaTest BuSiNes EveR !!

Monday, April 26, 2010

10. PemBaHagian MaNuSia Di akHiraT !

Ada 11 golongan yang CELAKA iaitu :-

1- Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.
Kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2- Mereka menyerupai BABI.
Ini adalah balasan bagi mereka yang suka melengah-lengahkan solat 5 waktu.

3- Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.
Kerana mereka enggan mengeluarkan zakat.

4- Mereka yang keluar darah dari mulutnya.
Kerana mereka berdusta.

5- Mereka yang berbau busuk seluruh badannya.
Kerana mereka mengaut keuntungan dalam jual-beli atas penipuan.

6- Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu.
Kerana merekamenyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7- Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.
Kerana mereka tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8- Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya di
atas.
Kerana mereka berzina dan mati sebelum taubat.

9- Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Kerana mereka makan harta anak yatim secara zalim.

10-Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan.
Kerena mereka melawan ibu bapa nya.

11-Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai
hingga ke perut dan pehanya keluar kotoran.
Kerana mereka minum minuman keras.


ADA 3 GOLONGAN YANG DISALAMI MALAIKAT

Telah bersabda Rasullullah SAW : " Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangahnya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :

1- Orang-orang yang mati syahid

2- Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3- Orang yang berpuasa di hari Arafah. "

(DIPETIKAN INI DARI BUKU BERTAJUK MALAM PERTAMA DI SYURGA OLEH ADIL AKHYAR, SH, LL.M)

Tuesday, April 20, 2010

9. JanGan PerCaya SMS TiPu !!!

SEGAMAT: Sebanyak 14 kes penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) membabitkan kerugian hampir RM25,000 dilaporkan di sekitar daerah ini sejak Januari lalu.

Jika dulu mangsa disuruh memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank, kini mereka menggunakan taktik berbeza dengan menjalankan urusan melalui sistem perbankan Internet.


Mangsa yang terpedaya diminta menyerahkan kata laluan akaun peribadi sebelum pihak sindiket ‘melenyapkan’ wang di dalam akaun itu.


Terbaru pada 28 Mac lalu, sindiket seumpama itu memperdaya seorang pekerja swasta berusia 30 tahun yang mengalami kerugian RM3,000.


Mangsa dikatakan menerima SMS menyatakan dia menang sejumlah wang tunai dalam sebuah peraduan dianjurkan program realiti terkenal di negara ini.

Mangsa yang juga peminat fanatik program itu tanpa berfikir panjang terus bersetuju dan menyerahkan kata laluan akaun peribadinya.


Dia hanya menyedari tertipu selepas memeriksa semula baki akaun simpanannya dan mendapati semua wang miliknya hilang sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata kebanyakan mangsa adalah mereka yang terlalu ghairah dengan tawaran wang tunai bernilai puluhan ribu ringgit.


Malah, kebanyakan mangsa dengan rela hati menyerahkan nombor atau kata laluan akaun bank masing-masing tanpa menyedari tindakan itu bakal mengundang padah.

Saturday, April 17, 2010

8. AIR dah tak kena CATU lagi !!!

SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) hari ini mengumumkan
bekalan air berjadual bagi penduduk di Kluang ditamatkan dan penduduk
mula menerima bekalan air secara normal berkuatkuasa serta merta.Ketua
Pegawai Eksekutif SAJ, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, “Keadaan hujan
yang berlanjutan sejak akhir-...akhir ini ada menunjukkan peningkatan positif
pada paras air di Sg. Sembrong dan empangan Sembrong Barat yang juga
membolehkan loji rawatan air beroperasi pada kapasiti normal”.Sungguhpun
demikian, paras air di sungai dan empangan masih dalam keadaan
berjaga-jaga dan penduduk dinasihatkan berhemah dalam penggunaan air.“Walau
bagaimanapun, jika keadaan cuaca kembali panas dan menyebabkan
penurunan berterusan pada paras air di sungai dan empangan, pihak SAJ
akan memaklumkan kepada pengguna sebarang perancangan bagi bekalan air
berjadual dari semasa ke semasa”, katanya.SAJ menasihati pengguna
khususnya di Kluang yang memerlukan maklumat berkenaan situasi ini atau
yang menghadapi masalah bekalan air menghubungi SAJ Info Center menerusi
Talian Mesra 1 800 88 7474 atau SMS menerusi 019 772 7474 atau
menerusi e-mail customer.care@saj.com.my

http://www.saj.com.my/Content.php?menu_parent_id=1&content_id=49


**PS:- Wah bila dengar je air dah tak kena catu lagi...huh lega !!! hurey !

Friday, April 16, 2010

7. SAMB....Pada Yang Masih Ada Ibu Bapa


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah , di sini, semalam diberitahu seorang
pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju
memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu
bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400
tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan
itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank
termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk
makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan
anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum
selesai bayaran ansuran dengan bank.


Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi
tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh,
64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji
dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan
menantunya itu.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama
dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru ,
Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.

Plaintif pertama dan kedua ( Fatimah ) mendakwa mereka mendirikan sebuah
rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan
pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah
tangga pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah
kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah
plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal
di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif
.

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan
defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan
pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama
melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu
laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan
gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah
milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member
nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu ' .

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan
tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi
kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing
dalam rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain
dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang
munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan
mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu
bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan
membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang
lain tetapi disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri Abg Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk
membuat taksiran sama terhadap suami defendan.



=================================================
Firman Allah yang maksudnya: -

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali
(untuk menerima balasan).

=====================================================================

6. Pada Yang Masih Ada Ibu Bapa

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang
pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan
suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana
Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain
yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu
membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung
Jiboi Baru, Ampangan.
Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan
bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan
persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa
sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai
mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan,
iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti
dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua
(Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang
hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti
mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka.
Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas
kes itu.

Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu.
Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana
mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin , bahawa anak guamnya
terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan ,
memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak
perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir
mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada
2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka
berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta
membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

'Gaji saya tidak cukup '
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my

**ps :- Semakin ramai anak yang melupakan jasa ibu bapa. Jangan jadi anak derhaka ! Tak baik... Tak mustahil suatu hari nanti, anak sendiri buat perkara yang sama pada diri kita. Mintak-mintak dijauhkan....Amin !

5. nHayat secret RECIPEs !!! SYOK abis...



Sejahtera kalian semua...

Em beberapa hari ni aku sedikit susah hati sebab berdepan dengan tabiat makan yang satu ni. Sejak membantu kakak angkat aku mengendalikan kelas baking nye, badanku macam dipam-pam pula. Dah macam ikan buntal plak sekarang ni. Bila melawat sedara dan rakan-rakan semuanya memuji pipiku yang makin tembam. Huhu rase macam nak je mintak tolong DR. ROMZEY ubatkan badan aku ni. Ataupun sedekahkan lemak-lemak tepu pada sape-sape yang kurus kering tu !

Aku bukannya nak salahkan berat badan yang makin bertambah, tapi nak mengucapkan TAHNIAH pada kakak angkatku ini. KAK NOOR... KELAS BAKING dia sekarang ni makin dapat sambutan ramai. Especially kelas buat MUFFIN dia. Emmm memang bestlah lah muffin dia. Walau dia beroperasi kat Kluang, Johor, tapi orang dari KL pun sanggup datang nak join muffin class dia. Cayalah !!!

Ha kalau ada sape-sape yang berminat nak masuk kelas muffin Kak Noor, bolehlah tengok blog Kak Noor iaitu KLIK SINI !!! Macam-macam ada ! Kalau ada yang nak join kelas Kak Noor, hubungi tuannya dulu, manalah tahu kelasnya penuh. Tapi kalau kelas penuh, biasanya Kak Noor akan tetapkan pada hari lain. Kalau nak menempah muffin, kek wedding, kek tunang, kek birthday mable kek dan cup cake pun boleh. Pendek kata, Kak Noor ni serba boleh lah.. Hehe.

ps : Kak Noor kalau terbaca blog ni, jangan lupa buatkan muffin jagung untuk saya ye... Sayang Kak Noor...hehe

Wednesday, April 14, 2010

4. JUS MATE & DR-II TIRUAN !!!


hi semua,

Mungkin korang semua nak tahu sesuatu. Aku adalah buat research sedikit, tak sangka rupe-rupenye produk DR CHE ROZMEY pon kena ciplak gak...

So korang semua hati-hatilah membeli barang. Pastikan beli sesuatu produk tu pada tempat yang betul. Jangan sebarangan beli di tepi-tepi jalan kecuali kita memang dah selalu beli pada dia dan dah test semua produk yang orang tu jual diakui berkesan.. Lebih selamat dapatkan dari pengedar yang sah atau farmasi ok...

Mungkin kita terbeli produk tiruan... Elok elok sihat walafiat terus jadi arwah. So pastikan betul-betul selamat dari ditipu.. Selalunya produk tiruan sama packing dengan produk original. Jangan tertipu ! Kalau anda seorang yang prihatin, ha boleh laporkan pada Persatuan Pengguna Malaysia. Biar mereka yang siasat siapa pengeluar sebenar !!

So kalau korang semua ada pengalaman terbeli produk tiruan, amatlah di alu-alukan menulis comment di bawah...

bye...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JITRA, 4 Feb (HPM) – Menciplak atau meniru hasil karya orang lain sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan.

Itulah yang dihadapi oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din apabila Jus Mate 5 dan DR-II telah diciplak oleh manusia yang bergelar lanun.

Terdapat seorang pelayar laman ‘Facebook’ yang menyatakan bahawa beliau menjumpai produk ini dijual dengan harga yang jauh lebih murah dengan menggunanakan bahan yang hampir sama.

Menurutnya lagi, kesan dan rasanya pun sama sehinggakan jenama produk juga sama.

Ejen terbabit yang menjual produk tiruan itu turut menyatakan bahawa produk itu adalah dari Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).

Pengedar lain turut menyatakan masalah yang sama. Ada pengedar memberitahu bahawa terdapat banyak Jus Mate 5 tiruan di pasaran.

Nasihat kepada pengguna, anda perlu berhati-hati kerana produk tiruan kerana kemungkinan ada mengandungi bahan terlarang dan hal ini boleh memudaratkan kesihatan anda. Pastikan anda membeli produk HPM dari pengedar yang sah sahaja.


Sumber dari,
http://www.drhpm.com