Berikut adalah jenis-jenis potongan yang boleh diberi kepada yang membayar cukai pendapatan iaitu :
1- Zakat
Bayar zakat secara potongan bulanan. Melalui cara ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) dapat dikurangkan.
2- Pendidikan anak/Takaful pendidikan
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum bagi individu yang menabung dalam SSPN ialah sehingga RM3,000.
3- Pembelian buku, majalah dan jurnal
Simpan resit pembelian tersebut untuk mendapatkan pelepasan cukai iaitu maksimum sehingga RM1,000.
4- Bantuan kebajikan.
5- Failkan cukai secara berasingan bagi individu yang telah berkahwin.
Individuyang telah berkahwin, failkan cukai pendapatan secara berasingan. Setiap individu layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM8,000 bagi pasangannya.
6- Tingkatkan caruman KWSP pekerja.
7- Melanjutkan pelajaran postgraduate untuk orang dewasa.
8-Pembelian barangan sukan.
Pelepasan cukai maksimum adalah sebanyak RM300.
9- Insuran hayat/ Takaful keluarga.
Pelepasan cukai adalah RM6,000 (dikongsi dengan caruman KWSP). Ini tidak termasuk dengan takaful pendidikan. Sebaik-baiknya pisahkan Insuran Hayat dan Takaful.
10- Bayaran Perubatan untuk Ibu Bapa
Mendapat pelepasan sebanyak RM5,000.
11- Pembelian komputer setiap 3 tahun.
Pelepasan cukai RM3,000 (sekali sahaja dalam 3 tahun).
12- Beli hartanah yang bernilai RM250 ribu dan ke bawah.
Pelepasan cukai sebnyak RM2,000.
13- Buat pemeriksaan kesihatan Secara keseluruhan ( Full Medical Check-Up)
Maksimum pelepasan cukai adalah sebanyak RM500.
Wednesday, May 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment