10 CARA BEBASKAN TEKANAN...
Sebut pasal tekanan,semua orang mengalami tekanan, tapi bagaimana hendak mengawal tekanan?
Masing-masing ada cara tersendiri menguruskan tekanan. Di sini ada beberapa tips untuk kurangkan tekanan, cuba lah praktik kan. Mana tahu, tekanan anda akan berkurang....
1- Ketawa
Mampu membaiki aliran darah dalam hati.
2- Berjalan
Tapi tak perlulah berjalan terlalu jauh.
3- Susu
Susu pun penting juga. Sebelum tidur, minum susu yang dicampur dengan serbuk kayu manis, dan sedikiy madu. Pasti tidur nyenyak !
4-Menderma darah
Tubuh menjadi lebih sihat dan dapat menghasilkan lebih banyak sel darah baru.
5- Luangkan masa bersama orang tersayang/kawan-kawan
Lakukan aktiviti yang digemari bersama mereka. Sekaligus anda akan terlupa yang anda tertekan ketika itu.
6- Tidur
Anda amat digalakkan memeluk bantal dan baring mengiring. Bantal empuk penting supaya tak perlu menahan beban ketika tidur. Tidur mengiring pula memudahkan pernafasan dan memudahkan mendapat oksigen yang cukup.
7- Kesihatan kaki
Ketika baring atau tidur, luruskan kaki untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian kaki.
Urutan di kaki juga boleh melonggarkan otot2 kaki. Kalau boleh, bagi wanita elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi.
8- Rendam kaki dalam air panas
Untuk melegakan sakit kepala, sakit di tapak kaki, menghentikan pendarahan hidung dan merendahkan suhu badan ketika demam.
9- Senyum
Anda akan terlupa rasa penat, sedih dan bosan. Mampu menenangkan jiwa dan sistem imun ketika bekerja lebih baik. Tekanan darah pun akan berkurangan.
10- Bersantai
Usah terlalu ikut rutin harian anda dengan aktiviti-aktiviti berat dan memenatkan. Sesekali lakukan aktiviti mudah dan ringkas.
11- Bersama orang tersayang
Peluklah mereka dan memberi sentuhan lembut untuk insan yang disayangi. Proses ini akan menggalakkan pembebasan hormon yang bertanggungjawab mengurangkan tekanan. Tahap imunisasi juga akan menjadi lebih baik.
12- Makan
Jangan sesekali lupa makan ! Kekurangan makan menyebabkan kehilangan tenaga, pertumbuhan, kecergasan, kecerdasan dan kekebalan tubuh. Tumpuan anda akan mula terganggu dan akan merasa mengantuk !
* ps = Harap rakan2 semua mendapat manfaat dari tips2 di atas..... Selamat mencuba !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment