ONELIFE, The GrEaTest BuSiNes EveR !!

Saturday, May 8, 2010

TiPs CegaH keRaCuNan MaKanan Di RuMah

1- Basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas menggunakan tandas atau menyediakan makanan. gunakan air panas dan bersabun untuk bersihkan perkakas memasak , papan pemotong, lesung batu dan lain-lain permukaan yang digunakan.

2- Ketika membeli-belah, menyediakan atau menyimpan makanan asingkan daging mentah, ikan, dan makanan bercengkerang daripada makanan lain untuk mengekalkan kesegaran dan mengelakkan pencemaran bersilang.

3- Masak makanan pada suhu selamat iaitu sekitar 630 C hingga 740 C. Dengan itu organisma dalam makanan tersebut dapat dibunuh dengan berkesan.

4-Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh 2 jam pembelian atai penyediaan. Simpan makanan di tempat peti pembeku jika tidak mahu makan dalam 2 hari.

5- Lembutkan makanan yang telah beku dengan melakukan air keatanya atau merendam dengan air sejuk.

6- Buangkan makanan yang dibiar pada suhu bilik terlalu lama kerana mungkin ia mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh dimusnahkan walaupun dengan memanaskan semula. Jika anda ragu-ragu tentang cara penyediaan makanan yang dibeli diluar, jangan makanan makanan tersebut.

7- Bakteria boleh membiak dengan cepat tanpa pemanasan atau penyejukan sempuna ! Terutama semasa majlis di luar atau makanan bufet. Buang saki-baki makanan yang pada suhu bilik melebihi 2 jam ataupun ketika cuaca panas melebihi 4 jam.

8- Lebih berhati-hati ketika mengambil makanan seperti daging, ikan atau makanan yang bercengkerang yang belum cukup masak terutamanya jika ada di antara ahli keluarga anda yang sensitif pada makanan tertentu.

Jika keracunan berlaku ?

1- Berhenti makan untuk beberapa jam. Biarkan perut rehat seketika.

2- Hisap ketulan ais atau minum minuman yang bersoda.

3- Minum 8 hingga 16 gelas air setiap hari sedikit demi sedikit tetapi kerap.

4- Makan makanan yang sudah dikisar dan mudah dihadam seperti biskut kraker, pisang, bubur nasi. Berhenti makan jika merasa mual.

5- Elakkan makan atau minum bahan seperti produk tenusu, kafein, nikotin dan makanan berlemak atau mempunyai perasa makanan yang tinggi.

6- Banyakkan berehat. Kesakitan dan dehidrasi mungkin melemahkan badan anda.

No comments:

Post a Comment