SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) hari ini mengumumkan
bekalan air berjadual bagi penduduk di Kluang ditamatkan dan penduduk
mula menerima bekalan air secara normal berkuatkuasa serta merta.Ketua
Pegawai Eksekutif SAJ, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, “Keadaan hujan
yang berlanjutan sejak akhir-...akhir ini ada menunjukkan peningkatan positif
pada paras air di Sg. Sembrong dan empangan Sembrong Barat yang juga
membolehkan loji rawatan air beroperasi pada kapasiti normal”.Sungguhpun
demikian, paras air di sungai dan empangan masih dalam keadaan
berjaga-jaga dan penduduk dinasihatkan berhemah dalam penggunaan air.“Walau
bagaimanapun, jika keadaan cuaca kembali panas dan menyebabkan
penurunan berterusan pada paras air di sungai dan empangan, pihak SAJ
akan memaklumkan kepada pengguna sebarang perancangan bagi bekalan air
berjadual dari semasa ke semasa”, katanya.SAJ menasihati pengguna
khususnya di Kluang yang memerlukan maklumat berkenaan situasi ini atau
yang menghadapi masalah bekalan air menghubungi SAJ Info Center menerusi
Talian Mesra 1 800 88 7474 atau SMS menerusi 019 772 7474 atau
menerusi e-mail customer.care@saj.com.my
http://www.saj.com.my/Content.php?menu_parent_id=1&content_id=49
**PS:- Wah bila dengar je air dah tak kena catu lagi...huh lega !!! hurey !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment