ONELIFE, The GrEaTest BuSiNes EveR !!

Wednesday, April 14, 2010

4. JUS MATE & DR-II TIRUAN !!!


hi semua,

Mungkin korang semua nak tahu sesuatu. Aku adalah buat research sedikit, tak sangka rupe-rupenye produk DR CHE ROZMEY pon kena ciplak gak...

So korang semua hati-hatilah membeli barang. Pastikan beli sesuatu produk tu pada tempat yang betul. Jangan sebarangan beli di tepi-tepi jalan kecuali kita memang dah selalu beli pada dia dan dah test semua produk yang orang tu jual diakui berkesan.. Lebih selamat dapatkan dari pengedar yang sah atau farmasi ok...

Mungkin kita terbeli produk tiruan... Elok elok sihat walafiat terus jadi arwah. So pastikan betul-betul selamat dari ditipu.. Selalunya produk tiruan sama packing dengan produk original. Jangan tertipu ! Kalau anda seorang yang prihatin, ha boleh laporkan pada Persatuan Pengguna Malaysia. Biar mereka yang siasat siapa pengeluar sebenar !!

So kalau korang semua ada pengalaman terbeli produk tiruan, amatlah di alu-alukan menulis comment di bawah...

bye...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

JITRA, 4 Feb (HPM) – Menciplak atau meniru hasil karya orang lain sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan.

Itulah yang dihadapi oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din apabila Jus Mate 5 dan DR-II telah diciplak oleh manusia yang bergelar lanun.

Terdapat seorang pelayar laman ‘Facebook’ yang menyatakan bahawa beliau menjumpai produk ini dijual dengan harga yang jauh lebih murah dengan menggunanakan bahan yang hampir sama.

Menurutnya lagi, kesan dan rasanya pun sama sehinggakan jenama produk juga sama.

Ejen terbabit yang menjual produk tiruan itu turut menyatakan bahawa produk itu adalah dari Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM).

Pengedar lain turut menyatakan masalah yang sama. Ada pengedar memberitahu bahawa terdapat banyak Jus Mate 5 tiruan di pasaran.

Nasihat kepada pengguna, anda perlu berhati-hati kerana produk tiruan kerana kemungkinan ada mengandungi bahan terlarang dan hal ini boleh memudaratkan kesihatan anda. Pastikan anda membeli produk HPM dari pengedar yang sah sahaja.


Sumber dari,
http://www.drhpm.com



No comments:

Post a Comment