ONELIFE, The GrEaTest BuSiNes EveR !!

Friday, April 16, 2010

6. Pada Yang Masih Ada Ibu Bapa

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang
pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan
suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana
Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain
yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu
membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung
Jiboi Baru, Ampangan.
Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan
bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan
persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa
sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai
mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan,
iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti
dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua
(Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang
hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti
mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka.
Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas
kes itu.

Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu.
Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana
mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin , bahawa anak guamnya
terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan ,
memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak
perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir
mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada
2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka
berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta
membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

'Gaji saya tidak cukup '
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my

**ps :- Semakin ramai anak yang melupakan jasa ibu bapa. Jangan jadi anak derhaka ! Tak baik... Tak mustahil suatu hari nanti, anak sendiri buat perkara yang sama pada diri kita. Mintak-mintak dijauhkan....Amin !

No comments:

Post a Comment